KEINDAHAN REKA BENTUK BUSANA HIJAB KONTEMPORARI MALAYSIA: KAJIAN KES DARI TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2013

Nurrul Asmar, , Indonesia
Harozila Ramli, , Indonesia

Abstract


Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji reka bentuk hijab kontemporari dari tahun 2009 hingga tahun 2013. Batasan kajian hanya tertumpu kepada reka bentuk dan cara gayaan hijab telekung mini yang dipakai oleh wanita muslimah. Terdapat dua aspek penting menjadi tumpuan kajian iaitu mengenalpasti reka bentuk hijab, dan pengaruh dalam gaya pemakaian hijab telekung mini kontemporari. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menerusi pengkajian sejarah yang bersifat deskriptif berdasarkan kajian melalui majalah fesyen hijab, pertunjukan fesyen, rancangan fesyen hijab di televisyen dan analisis reka bentuk hijab di kajian lapangan.Data dikumpul melalui temu bual kepada pereka dan pengusaha butik hijab dan kaedah pemerhatian.Antara hasil kajian diperolehi terdapat pengaruh budaya dari negara luar selari dengan proses globalisasi terhadap fesyen hijab yang menuntut wanita muslimah berfesyen menyebabkan berlakunya evolusi kepada reka bentuk dan gaya pemakaian hijab telekung mini. Kajian terhadap reka bentuk hijab kontemporari dikaji adalah untuk mengetahui hubungan antara fesyen dan gaya hijab untuk wanita muslimah bagi menggambarkan keperibadian atau matlamat sebenar berhijab.

Kata kunci : hijab telekung mini kontemporari, pengaruh, gaya pemakaian hijab.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.